Pendapatan Melalui Blogging Dengan Mudah Di Sini. Sertai Sekarang!
Powered by MaxBlogPress  

Salah seorang ahli majlis, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berpendapat akhbar itu (Utusan Malaysia & Mingguan Harian) bersikap keterlaluan dan tidak profesional serta tidak adil, kerana terus memburuk-burukkan serta memutar-belit berita tentang pentadbiran negeri dan juga gabungan Pakatan Rakyat. -Harakah Daily

Boikot Utusan Malaysia

Sebagai menyokong kempen Menteri Besar Selangor yang saya kasihi dan hormati untuk memboikot dari membeli Utusan Malaysia, maka saya buatkan satu icon boikot Utusan Malaysia. Kepada sesiapa yang nak icon ni untuk dipasang ke blog dan website, sila downloadnya di bawah. Format berbentuk .png dan juga .ai disediakan. Selamat memboikot.

Download Boikot Utusan Malaysia (Telah didownload 74 kali)



fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Frankfurt Colombo Flights
Website Sydney

By Azman | Posted in Free Stuff

Ada yang bertanya pada saya apakah bezanya vector dan raster image? Atau ada juga yang bertanya adakah Photoshop dan Illustrator berbeza? Jawapannya, ya! Sudah pastinya berbeza.

Sebelum kita pergi lagi lanjut, biarlah saya menerangkan apakah definisi kedua-dua jenis image tersebut.

Imej Vector

Definisi Vector

Images defined by sets of straight lines, defined by the locations of the end points. At larger magnifications, curves may appear jagged. This condition is call aliasing. www.wrightcolorgraphics.com/v.htm

Definisi ini saya kutip dari www.wrightcolorgraphics.com/v.htm dan saya rasa definisi ini terlalu umum dan tidak dapat memberi penjelasan seperti yang saya mahukan. Jadi biarlah saya yang memberi penerangan kepada anda apakah image vector tersebut.

Vector at 100Vector at 911

Vector adalah satu jenis image yang terbentuk daripada koleksi garisan dan lengkongan yang bersambung antara satu sama lain.

Kesemua garisan-garisan tersebut terhasil daripada pengiraan matematik dan memerlukan software grafik tertentu untuk menghasilkannya. Resolution vector image tidak terbatas kepada penggunaan pixel kerana ianya adalah dari hasil pengiraan matematik seperti yang saya terangkan.

Image vector ini tidak akan pecah sekiranya ia dibesarkan dan tidak pula mengalami kehilangan kualiti. Penggunaan vector image adalah sesuai bagi menghasilkan imej seperti:-

  1. Logo
  2. Animasi
  3. Kartun
  4. Clip art
  5. Button
  6. Dan lain-lain

Kebanyakkan designer menggunakan software grafik yang terkenal untuk menghasilkan vector image di antaranya:-

  1. Adobe Illustrator
  2. Corel Draw
  3. AutoCAD
  4. Macromedia/Adobe Flash
  5. Macromedia FreeHand

Setiap software tersebut mempunyai keistimewaan berbeza bergantung kepada imej yang ingin dibuat. Seperti contoh untuk web design penggunaan Adobe Illustrator adalah popular dikalangan web grafik designer manakala penggunaan AutoCAD adalah popular dikalangan Arkitek dan Interior Designer.

Anda pasti pernah melihat imej-imej Flash yang mana apabila anda cuba untuk Zoom In kan dia kelihatan tidak langsung imej tersebut pecah. Itulah contoh imej vektor yang saya maksudkan. Antara file-file imej yang disavekan di dalam vector adalah .eps, .ai, dan .swf.

Imej Raster

Definisi Raster

A graphic image stored as a specific arrangement of screen dots, or pixels. Web graphics are bitmap images. A graphic which is defined by specifying the colors of dots or pixels which make up the picture. Common types of bitmap graphics are GIF, JPEG and TIFF. www.lehigh.edu/~kko2/wwd/glossary.html

Raster imej tertakluk kepada dot per inch atau dot per pixel. Ini bermakna sekiranya anda cuba untuk besarkan saiz imej tersebut maka petak-petak imej akan kelihatan dan kualiti juga berkurangan. Imej-imej raster adalah kebiasaan yang anda selalu lihat seperti Jpg, Gif, PNG, Bitmap dan lain-lain.

Rester at 100Rester at 700

Imej-imej ini selalunya tidak bertujuan “direka wujudkan” tetapi selalunya digunakan untuk manipulasi menggunakan software-sofware seperti:-

  1. Adobe Photoshop
  2. Windows Paint
  3. Corel Photo Paint
  4. Macromedia Fireworks
  5. Dan lain-lain

Tentu anda confuse mengapa sebelum ini saya mengatakan Adobe Illustrator popular digunakan oleh web designer sedangkan ianya adalah untuk me-reka imej vector dan bagaimana pula boleh dibuat imej bagi web?

Ya, jawapannya sudah tentu boleh kerana file-file imej vector tersebut kemudiannya akan diconvert menjadi raster dengan anda savekan filenya dalam bentuk jpg gif png dan lain-lain.

Setakat ini artikel ringkas saya mengenai vector dan raster. Sekiranya ia tidak mencukupi atau anda mempunyai soalan atau cadangan atau pembetulan, silalah kemukakan di ruangan komen artikel ini untuk dikongsi bersama.



By Azman | Posted in Web dan Design
Selepas seminggu sibuk menyiapkan order dari customer untuk khidmat design saya, semalam secara tiba-tiba saya diberikan ilham untuk membuat Wordpress theme free. Saya mengambil masa selama 1 malam bersengkang mata untuk menyiapkannya layout design theme ini sebelum dimasukkan ke proses coding XHTML dan CSS.

Theme Percuma Design Dari Azman

Progress sekarang 60% dan saya jangkakan ianya akan siap dalam jangkamasa 1-2 minggu lagi untuk dilancarkan. Theme ini masih belum diberikan nama jadi dikesempatan ini, saya ingin memberi laluan kepada anda untuk mencadangkan nama theme ini.

Sila cadangkan nama theme di ruang komen post ini dan nantikan kemunculan nama theme yang anda berikan. Bangga tak?

Dikesempatan ini juga, saya ingin membuat pengumuman mengenai servis untuk design minisite (design layout sahaja-tiada content). Dibahagian page service saya tiada quotation untuk minisite mahupun portfolio saya.

Berikan saya ruang masa untuk update portfolio dan quotation minisite dalam masa terdekat ini. Harga untuk sebuah minisite adalah seperti berikut:-

  • Pembayaran melalui Maybank2u: RM 250.00
  • Pembayaran melalui Paypal: USD 90.00

Sila ke Service Page Azman untuk order.


p/s: Pemilihan nama theme cadangan anda adalah berdasarkan pertimbangan saya dari segi kesesuaian konsep dan temanya.



By Azman | Posted in Berita , Web dan Design
Pernahkah komputer anda dimasuki virus secara tiba-tiba (automatik) tanpa anda sedari dengan mencucuk USB drive atau memory card? Ya! Rasanya hampir semua PC pernah diserang virus dengan cara berkenaan seperti virus Brontox.exe, JambanMu.exe dan lain-lain.

Autoplay off

Cara virus itu amat pintar dengan meletakkan file autoplay.exe ke dalam USB drive seterusnya dengan automatik autoplay.exe tersebut akan link kan ke virus yang berada di USB drive anda untuk dibuka dan menyerang.Anda boleh mengelakkan PC anda dari terkena virus pada peringkat awal dengan cara disable-kan Autoplay tersebut dari Windows anda. Windows terdapat function “Enable Autoplay Off” dan function ini dapat mengurangkan risiko PC anda dari terkena virus-virus yang berkaitan.

Untuk Windows XP sila ikut langkah dibawah:-

  • Start > Run
  • Type gpedit.msc (gpedit bermaksud Group Policy Edit)
  • User Configuration > Administrative Templates > System > Turn off Autoplay
  • Pada tab “Setting”> Check atau klik Enabled
  • Turn off Autoplay on: All Drives

Untuk Windows Vista:

  • Start > Control Panel > Autoplay
  • Ikut langkah seperti Windows XP

Ya! Anda berjaya membuat autoplay off untuk semua drive samada USB drive, CD dan lain-lain maka dengan cara ini virus tidak lagi automatik masuk dari drives tersebut melainkan anda sendiri yang klik ke file virus atau autoplay.exe!

Tips Penting

Satu lagi tips, scan dulu USB Drive anda dengan anti-virus software yang ada di PC anda dan satu lagi, walaupun sudah turn off, pastikan anda check dulu samada USB drive yang anda cucuk ada autoplay.exe atau tidak.

Sekiranya ada, gunakan function ‘explore’ dan elakkan double klik ke drive tersebut. Ini untuk mengelakkan Autoplay.exe tersebut link ke file virus di USB anda.

Tips Dari Video

Untuk lebih jelas, sila lihat video tutorial dari saya di bawah:
(kualiti video kurang baik, harap maaf)



By Azman | Posted in Komputer dan Internet

Kepada Web Designer dan Blogger sekalian,

Jika anda tercari-cari RSS icon yang sesuai untuk website/blog anda atau client anda, sekarang anda boleh download terus dari AzmanZainal.com secara percuma dengan format vector dan juga PNG.

RSS Icon in Vector

Dengan 30 berlainan warna icon vector ini, anda tidak perlu bersusah-payah lagi hendak mencari atau membuat sendiri icon RSS anda. Download dan simpannya di peti hardisk anda dan gunakan apabila perlu.

Dengan spesifikasi web 2.0 dan pelbagai warna exotic di dalamnya, sudah pasti anda boleh menyesuaikan dengan warna tema website/blog anda.

Bukan itu sahaja, kepada yang mempunyai perasaan lebih ‘malas’ lagi seperti saya, PNG format adalah sesuai untuk anda. Tak perlu edit lagi. Apa lagi? Benda free.. Sauk je.

Download (65 kali): 30 RSS Icons in Vector and PNG



By Azman | Posted in Free Stuff