Lutut dah kong, layan Via Ferrata di Batu Caves (Volleyball). Santai bersama isteri dan kawan-kawan climbing sambil menyaksikan keindahan alam tuhan. Sabtu Ahad cuti banyak-banyakkan berehat di luar, keluarkan peluh, tengok pemandangan. Moga sihat.
Dengan seringan 1050 gram, ternyata pembuat beg Osprey tidak mahu ketinggalan dalam menghasilkan beg ringan bagi penggemar lightweight backpacking. Sistem peredaran udara AirSpeed yang baik pada paddingnya membuatkan model Exos ini sangat selesa dan sejuk dipakai. Pengalaman saya memakainya boleh dikatakan seperti tidak terasa membawa beban yang berat langsung! Tapi hati-hati, sekiranya anda seorang tanker [...]
Outdoor Dynamics adalah sebuah kedai outdoor online di Malaysia yang mempunyai barisan produk yang semakin meluas. Produk-produk berkualiti dan jarang ditemui di negara ini seperti lantern/lampu Black Diamond yang mendapat award Backpacker Editor’s Choice, GPS Garmin, Pisau Mora dan banyak lagi. Saya pernah membeli tuala jenis quickdry Mont di Outdoor Dynamics ternyata masih bertahan sehingga [...]
Dengan semangat rekreasi dan cinta alam, marilah beramai-ramai menandatangani petition bagi mendapatkan status pewartaan dan perlindungan Hutan Ulu Muda Sebagai Taman Negara yang kian terancam dek kerakusan umat manusia mengaut keuntungan tanpa mempedulikan kehidupan alam semulajadi anugerah Illahi yang tiada gantinya. Hutan Ulu Muda yang berkeluasan 160,000 hektar merupakan salah satu kawasan megabiodiversiti utama di [...]
Trip ke Gunung Besar Hantu (1450 meter) dua minggu lepas adalah sebuah trip bekerja sambilan hujung minggu menjaga checkpoint bagi pertandingan Mountain to Mountain Challlenge (M2M) yang mungkin sudah terlambat untuk diceritakan di sini, jadi, posting ini review untuk Gunung Besar Hantu sahaja. Lokasi di Negeri Sembilan, sempadan Negeri Sembilan-Pahang berdekatan dengan sempadan Negeri Sembilan-Selangor. [...]