Feb
25
Dengan seringan 1050 gram, ternyata pembuat beg Osprey tidak mahu ketinggalan dalam menghasilkan beg ringan bagi penggemar lightweight backpacking. Sistem peredaran udara AirSpeed yang baik pada paddingnya membuatkan model Exos ini sangat selesa dan sejuk dipakai. Pengalaman saya memakainya boleh dikatakan seperti tidak terasa membawa beban yang berat langsung! Tapi hati-hati, sekiranya anda seorang tanker atau pembawa muatan berat maka beg ini sangatlah tidak sesuai untuk anda.
Saya tertarik dengan penyangkut tongkatnya memudahkan pemakai memakai dan menyimpannya dalam perjalanan. Walaubagaimanapun, saya tidak menggunakannya untuk menyangkut tongkat disebaliknya saya gunakan untuk menyangkut parang kerana ia mudah untuk guna dan simpan sewaktu perjalanan. 
Selain itu, kelebihan beg ini juga terletak pada poket jaring bahagian tepi bagi meletak botol air. Anda tidak perlu menanggalkan beg dari badan untuk mengambil botol air kerana ia terletak 45 darjah kehadapan memudahkan pemakai mengambilnya.
Beg ini didatangi pelbagai liter (34L/46L/58L) dan saiz (S/M/L), review yang saya gunakan ini adalah 46L saiz M walaupun saiz tidak sesuai dengan torso saya tapi boleh dikatakan saya puas hati memakainya. (Tips ringkas: Sekiranya ukuran torso anda diantara dua saiz, pilih yang paling kecil adalah lebih baik).
Ia telah memenangi pelbagai anugerah seperti Outdoor Silver Industry Award 2008, Editor’s Choice Sommer 2009 dari Outdoor Magazine Germany. Anda boleh dapati beg ini di kedai Tearproof dalam lingkungan harga RM670.
[nggallery id=36 template=galleryview images=0]
