Sign Petition Untuk Pewartaan Hutan Ulu Muda Sebagai Taman Negara

Dengan semangat rekreasi dan cinta alam, marilah beramai-ramai menandatangani petition bagi mendapatkan status pewartaan dan perlindungan Hutan Ulu Muda Sebagai Taman Negara yang kian terancam dek kerakusan umat manusia mengaut keuntungan tanpa mempedulikan kehidupan alam semulajadi anugerah Illahi yang tiada gantinya.

Hutan Ulu Muda yang berkeluasan 160,000 hektar merupakan salah satu kawasan megabiodiversiti utama di Malaysia dan kawasan tadahan air yang amat penting untuk kegunaan harian, pertanian dan juga sektor industri bagi negeri Kedah, Pulau Pinang dan juga Perlis. Hutan Ulu Muda membekalkan sebanyak 80% daripada jumlah air untuk kegunaan harian bagi rakyat di ketiga-tiga negeri tersebut.

Sekiranya aktiviti pembalakan di Hutan Ulu Muda diteruskan sebanyak 63,000 keluarga petani di kawasan Jelapang Padi Malaysia (Rice Bowl of Malaysia) akan menanggung akibatnya kerana mereka amat bergantung kepada sumber air yang dibekalkan oleh Hutan Ulu Muda melalui sungai-sungai untuk mengairi sawah-sawah mereka.

Hutan Ulu Muda juga terdapat banyak tempat-tempat rekreasi seperti gunung-ganang, gua-gua, bukit-bukau dan juga sungai yang terdapat beratus ribu spesis flora dan fauna.

Jika anda seorang yang prihatin, jom Sign Petition!
Kenali Hutan Ulu Muda di web www.SaveUluMuda.com

Tags: ,

Leave a Comment