18
JulKerja di Gunung Besar Hantu
Trip ke Gunung Besar Hantu (1450 meter) dua minggu lepas adalah sebuah trip bekerja sambilan hujung minggu menjaga checkpoint bagi pertandingan Mountain to Mountain Challlenge (M2M) yang mungkin sudah terlambat untuk diceritakan di sini, jadi, posting ini review untuk Gunung Besar Hantu sahaja.
Lokasi di Negeri Sembilan, sempadan Negeri Sembilan-Pahang berdekatan dengan sempadan Negeri Sembilan-Selangor. Akses ke trek memerlukan 4WD dari Kampung Chennah yang memakan masa lebih kurang 1 jam.
Trek pendakian dari mula hingga ke Kem Orkid agak landai dan mengambil masa selama lebih kurang 2 jam. Di Kem Orkid tersebut kelihatan banyak bunga-bunga orkid semulajadi disekitarnya, jarang sekali ditemui di dalam hutan dari pengalaman saya. Terdapat sumber air di Kem Orkid, sesuai dibuat campsite tapi sebagai cadangan, tidur di puncak lebih menarik.
Untuk ke puncak, pendakian mengambil masa lebih kurang 1 ½ jam, berkhemah di puncak sangat digalakkan kerana ruangnya agak luas dan selesa dengan pemandangan hampir 360 darjah yang sangat mengagumkan. Untuk tidur di puncak, jangan lupa untuk bawa bekalan air boleh didapati di waterpoint terakhir 10 minit berjalan dari Kem Orkid.
Klik dan lihat lagi gambar di galeri album Gunung Besar Hantu (M2M) >>
GPS Tracklog Boleh di download di WikiLoc: Gunung Besar Hantu






pergh syok ah
Ada sapa2 cari Karrimor panther 65liter? Nak jual rm400. Condition sangat baik. Call saya 012-3233549 area senawang, N9