Jun
27
Sepagi di Bukit Broga
Bukit Broga setinggi 380 meter sesuai untuk pendakian mingguan bersama keluarga dan kawan-kawan, terletak di Taman Broga berdekatan Semenyih dan bersempadan Selangor-Negeri Sembilan hanya mengambil masa 1 jam untuk tiba di atas. Terdapat beberapa puncak permandangan sebelum tiba ke puncak 380 meter membolehkan anda menangkap gambar pemandangan dari atas bukit.
Tumbuhan utama adalah lalang setinggi 3-4 kaki berupaya menjadikan gambar photo anda kelihatan menarik. Pendakian kami pada sekitar jam 9am – 11.30am hujung minggu lepas kelihatan mudah tetapi agak tersiksa akibat menahan panas matahari pagi, jadi, dicadangkan masa mendaki paling baik bermula selepas subuh sekitar 6.00 am dan jika cuaca baik anda berpeluang melihat matahari terbit (sunrise) bila tiba di atas.
Selain panas terik akibat ketiadaan pokok tinggi/lebat, trek tanpa akar pokok juga adalah antara cabaran utama pendakian ke Bukit Broga kerana ianya agak licin, berdebu ketika kering, sangat licin ketika basah. Saya cadangkan pakailah kasut yang sesuai, yang mempunyai cengkaman tinggi. Cadangan lain, bawalah payung sebelum panas terik, makanan untuk makan di puncak dan air yang secukupnya untuk dibuat minum.
Kebolehan akses ke sana sangat mudah, setibanya di sana, terdapat ladang kelapa sawit yang boleh dijadikan tempat parking. Bilangan orang ke sana setiap minggu agak ramai, jadi jangan terkejut sekiranya anda tidak dapat tempat parking. Untuk ke sana, pengangkutan paling mudah adalah menaiki kereta sendiri, dari Kuala Lumpur ke Semenyih (40km) mengambil masa 1 jam setengah, sesampai di Semenyih, ikut signboard Broga (simpang kiri) dan anda akan tiba ke ladang kelapa sawit sebelah kiri kira-kira 5 minit, 6km dari simpang tersebut.
Klik dan lihat lagi gambar di galeri album Bukit Broga >>
GPS Tracklog Boleh di download di WikiLoc
