Hujung minggu baru-baru ini kami pergi rewang di Bukit Tinggi, Pahang bersiar-siar di atas sambil test power kamera Panasonic Lumix LZ-8 (8 Megapixels) berharga RM 399 di pasaran sekarang (aku dapat harga RM 350, sepupu aku salesman dekat Harvey Norman).
Bukit Tinggi anggaran setinggi 1000meter berdekatan Genting Highlands adalah tempat yang menarik untuk dibawa keluarga bersiar-siar di atas dan anda boleh menikmati suasana ala-ala Perancis dan Jepun. Untuk sampai anda boleh menaiki kereta tetapi bayaran RM10 seorang dikenakan bagi dewasa dan RM 8 untuk kanak-kanak sekali masuk.
Untuk ke sana gunakan highway Karak selepas terus sehingga anda jumpa susur keluar ke Berjaya Hill Bukit Tinggi kira-kira selepas susur keluar ke Genting Highlands.
Suhu tidak berapa sejuk, waktu tengahari memang sama saja panasnya cuma ianya berangin bukit dan pemandangannya agak mengasyikkan. Hari itu kami hanya sempat melawat French Village dan Japanese Village. Dari French Village anda perlu menaiki free shuttle untuk ke Japanese Village. Selain itu, anda boleh melawat Rabbit Park dan menaiki kuda di sekitar situ (kami tidak sempat ke sana). Apa yang tak menarik ialah harga makanannya mahal, tapi bagi sesiapa yang mampu cubalah pizza handmade di situ dengan harga RM 20++ satu piring. Bagi yang tak mampu, siap-siaplah beli makanan dari bawah sebagai bekal di atas, kami terpaksa berlapar akibat tak bawa bekal dan tak berapa mampu membeli makanan di atas.
Selepas pergi Bukit Tinggi, perjalanan pulang singgah dekat Batu Caves, Gombak makan-makan durian. 5 biji durian telah selamat disapu bersih, mereka gelakkan saya tak makan, malu saya dibuatnya, hehe.
Sedikit review tentang Panasonic Lumix LZ-8, ternyata performance lebih hebat dari harganya yang murah dan berjaya mengatasi performance camera-camera yang lebih mahal darinya. Ya, camera point & shoot yang saya sudah jangkakan performancenya, menggunakan lens Leica 5x optical zoom, mempunyai ciri-ciri intellegent automatic dan terdapat manual features adalah di antara keistimewaan kamera ini. Bateri alkaline AA atau rechargeable AA adalah penting bagi saya untuk mendaki. Tidak perlu gelabah kalau bateri belum charge, sebelum masuk hutan pergi kedai untuk menghidupkan kamera anda juga tidak perlu pikul kamera berat-berat seperti SLR.
Gambar-gambar Bukit Tinggi di bawah menggunakan kamera Panasonic Lumix LZ8 (Note: Gambar telah di-resize dan dikurang kualitikan sebanyak 20% dari asal, sorry ter-setting macam tu lepas upload baru perasan). Cuti-cuti bawalah keluarga atau kawan-kawan anda di sana dan ceritakan pengalaman anda di sini.
GPS tracklog di bawah termasuk perjalanan dari Bukit Tinggi singgah ke Genting Sempah untuk makan dan layan durian dekat-dekat Batu Caves.







bagus eh camera ni…survey kat internet pun ada terbaca kamera ni bagus…berapa harga n kat mana beli?
tapi ada kurang sket dkt low light condition, (tempat2 kurang cahaya).. tapi berbaloi utk ada 1 harga RM 399
LZ8 bagus kalau guna ‘P’ dan setkan iso400 kemudian biarkan flash ‘AUTO’, anda pasti gembira dengan hasilnya. Boleh guna pada semua keadaan.
tq bro…. lusa aku nak bawa family ke sana… tgh2 survey mcm mana nak ke sana..