Hilang dan Kembali

hilang dan kembali

Setelah beberapa bulan menghilangkan diri dari dunia blogging ni, akhirnya aku decide untuk kembali. Cuma tak tahu mana nak mula dulu. Macam-macam yang terjadi semenjak aku hilang, nak cerita satu persatu rasanya jari ni tak berdaya nak menaip atau mungkin aku boleh buat update kilat.

Julai – November

1. Bulan yang sangat busy mencari kerja macam orang gila

2. Konvokesyen ijazah, orang ke-2 naik pentas adalah aku

3. Cari kerja lagi tapi masih tak dapat-dapat, kecewa / sedih / takda motivasi semua ada waktu ni

Disember – Januari

1. Sibuk meniaga barangan outdoor- jualan agak memberangsangkan alhamdulillah, cuma kurang sikit marketing akibat terkena tempias kekecewaan mencari kerja yang tak dapat-dapat

2. Meniaga di Karnival / Pertandingan memancing Teluk Gong dan Jom Heboh Melaka, satu pengalaman baru yang takkan dapat dilupakan ikut Abang Razman

Februari – April

1. Alhamdulillah, dapat kerja di sebuah bank sekitar KL – kehidupan terkejut akibat perbelanjaan harian meningkat, cara hidup berbeza, kurang masa-masa lapang, perniagaan tidak fokus dan sebagainya, namun bersyukur dapat juga kerja dan cari pengalaman sebelum pergi lagi jauh.

2.  Motivasi diri meningkat, hampir setiap minggu pergi daki gunung

3. Gila GPS, setiap hari masuk Malfreemaps.com, PDA Axim lama aku jadikan GPS kereta pakai Bluetooth Receiver

4. Tak puas lagi, aku beli Garmin Oregon, suatu perlaburan yang kabur pada mula tapi akhirnya dapat memuaskan hati, teman pergi naik gunung sama-sama.

5. Ada aktiviti ringan-ringan yang baru di hujung minggu, layan Geocaching.

6. Shaheir sorry web tu belum siap lagi, bagi masa sikit nak adaptasi balik otak aku.

Moral of the story: Jangan putus asa, terus usaha dan doa sepanjang masa.. saya berterima kasih kepada diri saya kerana bagi nasihat pada kawan-kawan hmm..

6 Responses to "Hilang dan Kembali"

  • kodin says:
  • Azman says:
  • sepol says:
  • kay says:
  • Azman says:
  • kay says:
Leave a Comment