wordpress vs johor

WordPress adalah software/script blogging open-source yang terbaik berbanding software blogging yang lain. Dengan penggunaan sistem widget dan plugin percuma yang ada lebih luaslah keupayaan presentation blog/web anda tambahan terdapat ribuan theme-theme secara percuma yang anda boleh dapati di internet ini.

Mungkin ada yang merasakan artikel ini sangat basic atau sudah lapuk memandangkan ramai yang sudah menggunakan WordPress di dunia internet ini namun tahukah anda masih ramai lagi yang tidak mengetahui kehebatan WordPress ini malah sama sekali tidak mengetahui kewujudannya (masih ramai yang bertanyakan kepada saya tentang ini).

Baiklah, sekiranya anda masih tertanya-tanya software manakah yang terbaik untuk anda memulakan blogging maka jawapan saya adalah WORDPRESS kerana:-

  1. Pemasangan plugin/function yang mudah, cepat dan pelbagai – Dengan ramainya developer-developer secara freelancer dan sukarela membina plugin dan disebarkan secara percuma, pilihan pelbagai jenis plugin menjadi sangat banyak mengikut keperluan-keperluan umum seperti SEO, download manager, anti-spam, dan lain-lain
  2. Pelbagai theme percuma yang ada mengikut kesesuaian anda - Terdapat pelbagai jenis theme secara percuma di website-website yang menyediakannya. Anda hanya perlu upload dan pilih theme-theme tersebut
  3. Pembinaan theme yang mudah untuk web designer/developer – Penggunaan kod function yang mudah tidak perlu anda master dalam PHP dan MYSQL programming, theme dapat dihasilkan dengan mudah dan produktif. Terima kasih kepada WordPress, sekarang saya hanya perlu mengisikan kod-kod yang sudah tersedia dengan hanya menambah serba sedikit sahaja kod-kod yang berkaitan. Penggunaan kod yang konsisten ini dapat mengurangkan tekanan anda membina design yang anda mahukan.
  4. Tidak memerlukan pengetahuan mendalam tentang web design / coding – Bagi blogger, anda hanya perlu isikan content anda, tiada perlu membuka html atau php file. Tiada lagi kod-kod dengan menggunakan interface WYSIWYG (What You See Is What You Get) tool. Masuk content dan publish adalah kerja yang sangat mudah sekali.
  5. Installation / upgrade dan support yang mudah dan cepat – Anda tidak memerlukan banyak masa untuk install di web hosting anda, kurang dari 5 minit blog / web anda sudah tersedia online di internet. Upgrade dengan beberapa klik menggunakan plugin WordPress Automatic Upgrade.
  6. Pengurusan web/blog dengan usaha yang minima – Dengan widget, sidebar anda lebih mudah diuruskan. Anda boleh add, edit dan delete post anda dengan simple.
  7. Hack menjadi website dan CMS – Dengan mengubah sedikit kod-kod yang sedia ada, anda boleh mempunyai sebuah website yang commercial tanpa membuang waktu untuk membina kod-kod dari mula hingga habis. Content lebih senang dimasukkan dan diuruskan dengan WYSIWYG tool.
  8. Mesra search engine – WordPress adalah mesra search engine kerana codingnya yang bersih, sistematik, fungsi arkib (archive), tajuk dinamik mengikut post dan lain-lain.
  9. Komen / feedback user-friendly dan secure - Sesetengah software/script lain tidak menawarkan komen yang terbuka dan memerlukan pendaftaran. Dengan WordPress sesiapa sahaja boleh memberi komen dan feedback kepada anda pada masa yang sama security komen anda terjaga dengan detection dan penapisan spam yang pintar (plugin diperlukan seperti Akismet dan Spam Karma).
  10. Sistem automatik draft - Sekiranya post anda hilang dan tidak sempat save semasa sedang menulis, WordPress mempunyai sistem menyelamatkan post draft anda. Sistem AJAX yang memudahkan dan pintar membuatkan dunia blogging anda semudah anda fikirkan.

Ada banyak sebab lagi, sesiapa yang ada nak tambah? Tambahlah di ruangan komen artikel ini. Beritahu saya mengapa anda menggunakan WordPress.

Bookmark and Share
By Azman | Posted in Web dan Design

9 Responses to “10 Sebab Mengapa WordPress”

  1. salam zainal,
    saya mula tertarik utk mencuba guna WP ni bila saya mula tgk membe blog saya iaitu http://www.dearlova.com menggunakan WP…dari dia lahs aya mula belajar sikit² bagaimana cara utk install n guna WP ni…theme WP yg menarik dan free juga adalah salah satu sebab kenapa saya bertukar kepada WP…selama 2 tahun saya dah guna WP ni banyak yg dapat saya belajar…skrg ni saya nak blaja buat theme plak tapi saya tak tahu pasal coding XHTML dan CSS spt yg anda ajar dlm tuto anda “7 Proses Membina WordPress Theme”…ada cara utk lebih faham???

  2. Comment by Azman on July 6th, 2008 (9:14 am)

    Salam Firdee,

    Artikel post “7 Proses Membina WordPress Theme” saya hanya sebagai checklist yg perlu dibuat utk membina theme WP, ia sebagai panduan untuk sesiapa yang sudah tahu mengenai pembikinan website dengan html dan css.

    Untuk beginner saya sarankan anda belajar basic coding html dan css. Sekarang html tidak sesusah dulu kerana adanya css, cuma yang perlu diberi lebih perhatian adalah css tersebut.

    Banyak tutorial html dan css terdapat kat internet ni yg boleh firdee belajar dan mahirkan. Web yang paling popular utk tutorial html dan css di sini: http://www.w3schools.com

    Saya banyak belajar dari buku, mungkin dgn buku saya lebih fokus kot dan senang nak buat reference kalau ada masalah. Saya recommended buku “The Essential Guide to CSS and HTML Web Design” oleh Craig Grannell. Lihat: http://www.friendsofed.com/book.html?isbn=1590599071 Boleh beli di MPH Bookstore.

  3. Salam.
    Yup.
    salah satu sebab yg menyebabkan saya suka pakai WP ialah terdapatnya banyak plugin yg boleh dipasang untuk berbagai tujuan. Tapi, kena jaga jaga jugak sebab penggunaan plugin yg banyak akan memperlahankan masa loading satu satu blog.

    Saya setuju dengan Azman pasal theme. Nadi utama setiap theme yg membezakan antara satu theme dengan satu theme yg lain ialah style yg ada pda CSS. Ubah CSS dan anda akan ubah penampilan satu satu theme.

  4. Salam,

    Saya pengguna Blogspot dahulu, habis gegala tutorial/widget saya dah cuba sehingga maklumat itu stastik…kemudian baru 2 bulan saya beralih menggunakan domain dan hosting sediri atas host wordpress.
    Saya masih baru belajar…dan banyak lagi yang perlu di capai.

    Terimakasih kerana banyak info dan artikel yang berguna di sini.

  5. Saya juga menggunakan wordpress.

  6. [...] keluar di blog ini kerana semuanya telah ditetapkan tarikhnya secara automatik… Inilah antara kelebihan sistem blog wordpress. Jadi sampai bila nak layan blog percuma je…buat la blog [...]

  7. Saya pulak kurang pandai nak guna wordpress, i got my blog there. At the same time, maintain my blogspot….. Mungking boleh belajar guna WP dari En. Azman kut??

  8. Comment by wakai on June 22nd, 2009 (7:18 am)

    aku baru blajo nak buat blog wrdprs tapi aku conpius perluke guna html atopun tak ? org kata peerlu utk seo betoika…?

  9. Comment by Azman on June 22nd, 2009 (12:19 pm)

    pada dasarnya takperlu nak pakai html, tp kalau ada skill html tu kira bonusla.. SEO pun boleh pakai plugin.. try All-in-One SEO

Leave a Reply