Jun
17
Bertukar ke Firefox 3.0
Saya berjaya download Firefox 3.0 jam 1.55 a.m. 18 June 2008 setelah bertungkus-lumus mencari mirror download link akibat server mozilla sangat sesak kerana Download Day Firefox 3.0 mereka bermula jam 1.00 am (GMT +8).


Apa yang menariknya Firefox 3.0 buat pertama kali saya gunakan adalah kelajuannya. Apa yang boleh saya katakan memang lebih laju dari biasa. Menariknya lagi interfacenya terdapat perubahan yang drastik seperti back button yang berbeza saiz dengan forward button, url bar lebih user friendly, peningkatan taraf sistem bookmarking, download manager mempunyai pause dan resume functions, mempunyai color profile untuk imej dan lain-lain.
Malangnya, amat mengecewakan web mozilla tidak mempunyai persediaan untuk mengatasi server down akibat traffik yang sesak ke web mereka dan matlamat untuk memecahkan rekod Guinness Book of Record agak sukar dikecapi memandangkan ramai user tidak dapat masuk ke web mereka. Sepatutnya mereka lebih bersedia untuk menerima traffik yang tinggi dari seluruh dunia dan user tidak memerlukan mirror dari web-web yang tidak dikenali.
Selamat mencuba Firefox 3.0, beritahu komen anda tentang Firefox 3.0 di blog ini.
