26
AprApa itu Vector dan Raster
Ada yang bertanya pada saya apakah bezanya vector dan raster image? Atau ada juga yang bertanya adakah Photoshop dan Illustrator berbeza? Jawapannya, ya! Sudah pastinya berbeza.
Sebelum kita pergi lagi lanjut, biarlah saya menerangkan apakah definisi kedua-dua jenis image tersebut.
Imej Vector
Definisi Vector
Images defined by sets of straight lines, defined by the locations of the end points. At larger magnifications, curves may appear jagged. This condition is call aliasing. www.wrightcolorgraphics.com/v.htm
Definisi ini saya kutip dari www.wrightcolorgraphics.com/v.htm dan saya rasa definisi ini terlalu umum dan tidak dapat memberi penjelasan seperti yang saya mahukan. Jadi biarlah saya yang memberi penerangan kepada anda apakah image vector tersebut.
Vector adalah satu jenis image yang terbentuk daripada koleksi garisan dan lengkongan yang bersambung antara satu sama lain.
Kesemua garisan-garisan tersebut terhasil daripada pengiraan matematik dan memerlukan software grafik tertentu untuk menghasilkannya. Resolution vector image tidak terbatas kepada penggunaan pixel kerana ianya adalah dari hasil pengiraan matematik seperti yang saya terangkan.
Image vector ini tidak akan pecah sekiranya ia dibesarkan dan tidak pula mengalami kehilangan kualiti. Penggunaan vector image adalah sesuai bagi menghasilkan imej seperti:-
- Logo
- Animasi
- Kartun
- Clip art
- Button
- Dan lain-lain
Kebanyakkan designer menggunakan software grafik yang terkenal untuk menghasilkan vector image di antaranya:-
- Adobe Illustrator
- Corel Draw
- AutoCAD
- Macromedia/Adobe Flash
- Macromedia FreeHand
Setiap software tersebut mempunyai keistimewaan berbeza bergantung kepada imej yang ingin dibuat. Seperti contoh untuk web design penggunaan Adobe Illustrator adalah popular dikalangan web grafik designer manakala penggunaan AutoCAD adalah popular dikalangan Arkitek dan Interior Designer.
Anda pasti pernah melihat imej-imej Flash yang mana apabila anda cuba untuk Zoom In kan dia kelihatan tidak langsung imej tersebut pecah. Itulah contoh imej vektor yang saya maksudkan. Antara file-file imej yang disavekan di dalam vector adalah .eps, .ai, dan .swf.
Imej Raster
Definisi Raster
A graphic image stored as a specific arrangement of screen dots, or pixels. Web graphics are bitmap images. A graphic which is defined by specifying the colors of dots or pixels which make up the picture. Common types of bitmap graphics are GIF, JPEG and TIFF. www.lehigh.edu/~kko2/wwd/glossary.html
Raster imej tertakluk kepada dot per inch atau dot per pixel. Ini bermakna sekiranya anda cuba untuk besarkan saiz imej tersebut maka petak-petak imej akan kelihatan dan kualiti juga berkurangan. Imej-imej raster adalah kebiasaan yang anda selalu lihat seperti Jpg, Gif, PNG, Bitmap dan lain-lain.
Imej-imej ini selalunya tidak bertujuan “direka wujudkan” tetapi selalunya digunakan untuk manipulasi menggunakan software-sofware seperti:-
- Adobe Photoshop
- Windows Paint
- Corel Photo Paint
- Macromedia Fireworks
- Dan lain-lain
Tentu anda confuse mengapa sebelum ini saya mengatakan Adobe Illustrator popular digunakan oleh web designer sedangkan ianya adalah untuk me-reka imej vector dan bagaimana pula boleh dibuat imej bagi web?
Ya, jawapannya sudah tentu boleh kerana file-file imej vector tersebut kemudiannya akan diconvert menjadi raster dengan anda savekan filenya dalam bentuk jpg gif png dan lain-lain.
Setakat ini artikel ringkas saya mengenai vector dan raster. Sekiranya ia tidak mencukupi atau anda mempunyai soalan atau cadangan atau pembetulan, silalah kemukakan di ruangan komen artikel ini untuk dikongsi bersama.





ehm..pening. Aku tak bape faham benda vektor nih..
[...] next tag ialah.. Woi Zaki dah tag orang yang aku selalu tag.. nak tag sape ek.. Azman Zainal, Mael, Kongsiblog, Awqi_zar, dan Heddy. Guys!! Please show us your pic wear in RED… so sori [...]
@titan apa yg ko tak faham?
untuk titan.. kena cuba dulu guna illustrator & photoshop, baru paham perbezaan vector & raster image.. untuk Azman.. good job beb.. kasi lagi tutorial lagi erk.. aku minat gak mende² graphic ni..
perghhh too technical for me ni. hehe
dah lamer me tak dengor vector and raster gittewww..
Assalamualaikum.
bro, sangat bagus text anda. banyak ilmu yang kita dapat kongsi. teruskan menulis. saya yakin, masih ramai yang belum mahir menggunakan Adobe Illustrator, macam saya
ohh.. baru aku paham.. selama ni aku main dengan ilustrator and photoshop tak tahu pun benda alah ni.. skrg paham sangat2 lah.. thank bro… teruskan usaha anda.. banyak tutorial berkenaan web design.. aku minat sgt2…
secara simplenye utk korang paham
photoshop just edit gambar yang sedia ada..
illustrator untuk reka design yang baru
thanks ya..aku dah lebih jelas skang..
tp ni pn umum bro…bole x terangkan olehan data primer dan data sekunder daripada data raster dan data vektor
@fizzitapis: boleh cuba tgk artikel ni.. http://www.ablesw.com/r2v/rasvect.html