Baru-baru ini saya ke Gunung Brinchang dan Irau di Cameron Highlands buat yang kedua kalinya. Tetapi kali ini agak pancit dan saya mengalami masalah kejang kaki semasa turun dari Gunung Irau. Apa boleh buat, beberapa bulan kaki ini dimanja-manjakan, hehe. Moralnya, sila training dengan secukupnya walaupun gunung yang hendak didaki hanyalah sebuah bukit belakang rumah anda.
Gunung Brinchang (6,664 kaki) dan Gunung Irau (6,923 kaki) yang terpacak di Cameron Highlands adalah sebuah gunung yang tidak asing lagi di kalangan pendaki-pendaki lama mahupun baru. Iklimnya yang sejuk membuatkan pendakian anda berada di tahap leisure dan menyeronokkan.
Anda yang masih belum ke sana jangan terkejut saya katakan yang Gunung Brinchang boleh didaki menggunakan kereta, bukan sahaja kereta pacuan empat roda tetapi kereta berjenama Kancil sekalipun dapat menuju ke puncak sana.
Untuk pengetahuan anda, puncak Brinchang yang sebenar tidak dapat anda jejaki kerana TNB telah memagari puncak tersebut atas sebab pencawang-pencawang mereka telah dibina di kawasan itu. Walaubagaimanapun, anda masih boleh melihat pemandangan indah 360 darjah dari Gunung Brinchang dengan menaiki menara tinjau di kawasan pencawang tersebut. Gunung-gunung di sekitar negeri Perak, Kelantan dan Pahang dapat dilihat dari menara tinjau seperti Gunung Korbu, Gunung Batu Puteh dan lain-lain.
Untuk mendaki Gunung Irau, anda perlu masuk ke hutan yang dipenuhi lumut yang boleh dikatakan cantik tetapi trek dipenuhi selut serta lecak. Pintu masuk Gunung Irau terletak 1 KM sebelum Menara Tinjau Brinchang. Ini bermaksud anda perlu menaiki Gunung Brinchang untuk sampai ke pintu masuk Gunung Irau.
Pemandangan di Puncak Irau bagi saya tidaklah berapa menarik tetapi treknya yang berselut boleh dikatakan mencabar. Keadaan lumut membuatkan anda berada di alam lain dan jika dibandingkan dengan gunung-gunung lain yang telah saya pergi seperti Yong Belar (mempunyai trek berlumut), pemandangan lumut di sepanjang trek Gunung Irau adalah yang terbaik.
Pendakian memakan masa lebih kurang 3 jam ke puncak. Sebelum sampai ke puncak, anda akan melalui puncak Anak Gunung Irau kira-kira 1 jam sebelum sampai ke puncak Irau. Pendakian yang singkat ini sesuai untuk pendaki-pendaki baru yang ingin berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki gunung.
Yang agak menghairankan saya atau mungkin menjadi misteri pada diri saya perasaan saya apabila ingin turun dari puncak Irau, ‘terasa’ lama dan treknya ‘terasa’ lebih jauh dari mendaki (tolong pecahkan misteri saya ini dengan memberi jawapan di ruang komen). Tapi jangan risau, ini sekadar perasaan saya. Perjalanan turun mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah.
Sedikit kekurangan di sini, Gunung Irau diserang pencemaran sampah sarap oleh pendaki-pendaki yang tidak bertanggungjawab. Walaupun belum di tahap kritikal, perasaan tidak bertanggungjawab ini akan lama-kelamaan boleh memusnahkan keindahan gunung tersebut.
Jika anda mempunyai pertanyaan atau komen mengenai Gunung Brinchang dan Irau, sila lakukan di ruangan komen artikel ini.





Bagus review nie…kalau ada kesempatan nak juga pergi tu…Melancong dalam malaysia tu
1st time aku dengar gunung brinchang ngan irau neh. gegege.
@dauz: Banyak tempat boleh melancong kat Malaysia ni hehe terutama sekali gunung-gunung yang agak berlambak kat sini.. Ape2pun persediaan mental, fizikal dan juga kewangan pun penting juga..
@Affuan: Kalau pergi Cameron singgahlah ke Brinchang.. Naik keta pun sampai, panjat menara sikit dapat tgk view lawa, jgn lupa bawa kamera skali dan sebolehnya datang awal2 pagi kalau nak tengok sunrise
dua kali aku naik irau ni…terasa rindu nak kembali mendaki…
nostalgia irau nih…tempat aku bertemu jodoh ngeh3
Tahun lepas ada dedengar Trek ke Irau akan ditutup buat sementara waktu untuk membuat pemulihan trek yang berselut dan pembersihan kawasan kem.. Tapi tak tahu le plak mcm mana projek tu.. erm..
@sihatsokmo: kat irau ni mmg byk kes pertemuan jodoh.. kawan2 saya pun ramai gak termasuklah saya sendiri huhuhu harap2 btol2 jodoh la (jodoh bujang)
@scorchy: baru2 ni bulan lepas aku ada g, mmg kawasan kem tu dah bersih sikit, dah ada wakaf, kitorg tido dalam wakaf tu je.. cuma trek masih sama, berselut dan ada pencemaran sampah sikit..
Cool Gunung Brinchang! I have been there for a couple times!!! It was a nice place! ^_^
aku baru aje lepas daki g.irau nie..huh 1st time ooo.. syok jgk daki gng nie.. irau mmg beautiful mount yg patut korang daki..
Assalamualaikum,
Nak tanya, u naik brinchang tu guna guide tak?
Kitaorang plan nak naik nov 2009 nie.. just tgh search guide tak de pon kan internet.. ke tak perlu guide????
Hihi.. tq
@Maziah: walaaikummussalam. xperlu guide ke? hehe naik brinchang tu takpayah guide pun, naik kereta pun boleh sampai atas. kena jalan sket nak ke pencawang. kalu naik irau tu kena hiking, masa kitrog g dulu dah ada member yg tau jalan so takperlu guide
ye betul.. saya pun perasan camtu. perjalanan turun lagi lama dr mendaki..sampai naik tension, kenapa tak sampai2 lagi. tapi, irau mmg cantik..nice mossy forest. sayangnye bile sampai kat puncak irau..byk pokok2 dah tinggi, tak nampak view pun..hehe
@sue: eloklah pokok tu tinggi.. jangan ditebang2.. sayangilah alam semulajadi..
Review yang bagus — mmg gunung irau ni menjadi buah mulut teman2 lain yg dah pernah pergi. Saya belum lg tp insyaAllah, ada peluang ke Irau, saya pergi lah
Part bertemu jodoh tu, perkara betul rasanya. Kawan saya berjumpa cinta hatinya di situ — comel je.