GUA Tempurung dinobatkan sebagai gua tercantik dan terpanjang di Semenanjung Malaysia, ia terletak di Gopeng, Perak terbentuk daripada gunung batu kapur dan marmar yang indah kerana ia ibarat sebuah galeri yang menyimpan beribu bentuk stalakmit dan stalaktit serta lain-lain bentuk ukiran batu yang amat menakjubkan. Tersembunyi di dalamnya adalah satu rangkaian gua dalam pelbagai dimensi dan tompokan sarang lebah.

25-27 Januari (Jumaat-Ahad) aku join KRESMA pergi Gua Tempurung untuk IntroCamp Batch 25. Nanti aku bawa balik gambar-gambar dari Gua sebagai buah tangan ok! Aku harap IntroCamp kali ini akan berjaya lagi. Ini adalah kali kedua KRESMA buat IntroCamp di gua selepas Gua Senyum pada tahun 2005 iaitu introcamp/camping pertama saya bersama KRESMA semasa itu.
Untuk pengetahuan semua, IntroCamp adalah perkhemahan KRESMA yang diadakan pada setiap semester untuk peserta-peserta atau ahli baru KRESMA bertujuan untuk memperkenalkan dan mendedahkan tentang outdoor dan rekreasi. Setiap IntroCamp KRESMA mempunyai No. Batch tersendiri.

Jadi apa ada di Gua Tempurung? Kita akan saksikannya nanti…

P/S: Plugin event calendar aku tak berfungsi seperti sebelumnya, post ni tak dapat masuk dalam calendar dan upcoming event.  Tak tau konflik dengan plugin lain kot. Aiseh, takda dah plugin yang best cam gini lagi..  Ini error note dia:

(Error: [Exception... "'Permission denied to get property HTMLDivElement.parentNode' when calling method: [nsIDOMEventListener::handleEvent]” nsresult: “0×8057001e (NS_ERROR_XPC_JS_THREW_STRING)” location: “<unknown>” data: no])

Bookmark and Share
By Azman | Posted in Events

Leave a Reply