Jan
14
Streamyx Asyik Kena Reset Port

Perkhidmatan mengecewakan…
Dah beberapa hari aku tak dapat online gara-gara Streamyx buat hal lagi, buat tahun ini (2008) dah masuk dua kali buat report dan dua kali jugalah reset port dibuat oleh pihak TMNET. Apa ni, TMNET? Takkan nak terus macam ini je?
Blogger Syaf pernah recommend kat aku suruh pakai Jaring, tapi malasnya nak pergi register jauh di Mid Valley nun, tambah-tambah lagi Kedai TM dekat sangat dengan rumah aku, jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai dah.
Kalau ada sesiapa nak recommend kat aku perkhidmatan selain Streamyx atau ada yang tak puas hati dengan Streamyx kongsi-kongsila dengan aku.