Tahukah anda dengan photoshop anda boleh memanipulasi image/gambar anda dengan pelbagai cara mengikut pengetahuan yang anda miliki? Fade effect adalah salah satu contoh yang saya maksudkan.
Di sini saya ingin berkongsi sedikit panduan bagaimana anda boleh melakukan kesan fade ke atas image / gambar anda dengan cara yang lebih mudah dan lebih kemas iaitu dengan menggunakan dua tools di dalam photoshop (gradient tool dan layer mask).
Tutorial fade effect ini amat sesuai bagi pengguna Photoshop yang beginner mahupun yang masih belum cuba-cuba menggunakan layer mask.
Ok mari kita mulakannya!
Buka gambar/image yang anda ingin membuat manipulasi kesan fade ke atasnya. Sekiranya anda ingin menggunakan image yang sama dengan tutorial saya, anda boleh download image tersebut di sini (Kesan Fade Tutorial Image.zip).
Langkah 1: Buat atau Add Layer Mask
Apa itu layer mask Azman?
Layer mask adalah suatu feature yang sangat berguna di dalam photoshop. Ianya membuatkan kita lebih mudah memanipulasi gambar/image tanpa mengubah sesuatu layer secara langsung.Masih tak faham lagilah, Azman. Ada info lagi tak?
Ok, cuba anda lihat tutorial ini untuk lebih lanjut berkenaan topik Layer Mask.
Klik pada butang Add Layer Mask di bawah pada menu Layers dan anda dapat lihat satu layer baru di sebelah layer original anda. Ini bermakna anda telah membuat layer mask tersebut.
Pastikan layer mask anda dalam keadaan selected iaitu keadaan layer semasa, dan bukannya pada original layer anda. Ini kerana kita akan melakukan fade ke atas layer mask dan bukannya original layer tersebut. Lihat contoh gambar untuk lebih jelas.
Langkah 2: Buat Gradient Pada Layer Mask
![]()
Selepas membuat layer mask tadi, sekarang anda perlu pilih Gradient Tool dan buat gradient pada image anda. Tariknya dari atas ke bawah untuk mendapatkan fade effect tersebut dan cuba beberapa kali untuk output yang anda kehendaki.
Anda boleh lihat semula pada layer mask tadi dan anda akan dapati ianya menghasilkan warna dari putih ke hitam. Putih bermaksud image yang kelihatan, dan hitam bermaksud image yang tidak kelihatan pada original layer tersebut.
Masukkan background yang anda kehendaki kemudian savekan file anda sekarang dan tahniah, anda telah berjaya melakukan fade effect ke atas image anda dengan tutorial yang amat ringkas ini. Saya mengalu-alukan komen dari anda dan beritahu saya apa hasil anda.





Recents Comments