Kad Debit Visa Electron Al-Rajhi Boleh Keluar Duit Dari Paypal

Al-Rajhi Debit Card

Your request to withdraw funds from your PayPal account to your card ending in 0000 has been received and is in process.

PayPal completes this transfer in 5-7 days, but your card issuer’s policies may affect the processing time. For more information, contact your card issuer.

Email di atas diberikan kepada saya dari paypal yang mengatakan pengeluaran duit dari akaun paypal saya dalam proses.

Terima kasih kepada rakan kita Blogger Azwan yang memberi maklumat melalui ruangan komen artikel saya yang bertajuk Bayar Online Dengan EON Bank Prepaid Debit Card. Komen tersebut pada hari yang sama dengan hari saya membuat kad tersebut.

Sejurus selepas mendapat komen dari Blogger Azwan, saya terus ke Al-Rajhi Bank berdekatan (Seksyen 9 Shah Alam). Di sini saya nak highlightkan yang pendaftaran debit kad al-Rajhi sangat cepat dan mudah, tak perlu tunggu lama untuk proses mendapatkan kad dan activation. Tidak sampai 15 minit saya dah dapat kad tersebut dan terus mengaktifkannya melalui ATM machine. Pada hari yang sama jugalah saya buat withdrawal dari paypal ke akaun kad debit Al-Rajhi.

Buat masa ini, saya masih menunggu duit didebitkan dari paypal, mengikut email tersebut, masa untuk saya menerima duit tersebut dalam 5-7 hari. Jadi kita tunggu apa hasilnya nanti. Blogger Azwan sudahpun menerima duitnya dengan cara yang sama, sila lihat post beliau di sini.

Tags: , , , , , , , ,

59 Responses to "Kad Debit Visa Electron Al-Rajhi Boleh Keluar Duit Dari Paypal"

  • Azie... says:
  • Lily says:
  • Micromax says:
  • Micromax says:
  • Micromax says:
  • azhrin77 says:
  • dinsblog says:
  • iza says:
Leave a Comment