Bayar Online Dengan EON Bank Prepaid Debit Card

Pernahkah anda melihat barangan yang dijual secara online tapi tidak tahu cara hendak membelinya? Tak cukup syarat hendak membuat kredit kad?

Eon BankKali ini saya hendak berkongsi bagaimana cara untuk mendapatkan kad MOL Freedom Mastercard dari EON Bank supaya anda boleh membuat bayaran secara online menggunakan kad tersebut.

Kad apakah itu, Azman?

  • Ianya adalah sekeping kad yang berkonsepkan kredit debit card di mana pemegang kad berkenaan perlulah memasukkan dahulu sejumlah wang sebelum membuat sesuatu pembayaran.
  • Selamat kan? Tidak perlu berhutang lagi dan anda mampu mengawal perbelanjaan bulanan anda pada masa yang sama anda bebas membeli barangan yang anda idamkan dari internet selagi anda mempunyai wang yang cukup.

Azman, ringkaskan, bagaimanakah cara untuk mendapatkannya?

  1. Mudah sahaja, anda hanya perlu pergi ke mana-mana Kedai 7-Eleven berdekatan anda dan minta pada cashier untuk membeli pek permulaan MOL Freedom Prepaid Mastercard. Untuk pek permulaan ianya berharga RM25 sahaja.
  2. Setelah membeli, tunggu dulu, anda perlu mengaktifkannya dengan menandatangani di belakang kad tersebut dan menghantar permohonan kad kepada alamat yang diberikan atau hanya berikan pada cashier 7-Eleven dan mereka akan menghantarkannya (menurut instruction dalam pek yang diberikan – saya menghantarnya melalui pos).
  3. Selepas beberapa hari, anda akan menerima SMS yang mengatakan akaun kad anda sudah aktif, buatlah topup permulaan di mana-mana cawangan EON Bank berdekatan, atau anda juga boleh membeli topup di 7-Eleven (saya dimaklumkan oleh staff EON Bank bahawa topup permulaan hanya boleh dibuat di EON Bank sahaja, tetapi di dalam pek tidak menyatakan perkara tersebut).
  4. Selepas aktif, anda bolehlah mula membeli atau menambah nilai (topup) di 7-Eleven dengan caj yg dikenakan sebanyak RM4 bagi setiap topup (hanya topup di EON Bank sahaja tiada caj). Untuk makluman anda, minimum topup yang boleh dibuat di 7-Eleven adalah RM 60 (sedikit mengecewakan).
  5. Sekarang kad anda sudah boleh membuat bayaran secara online mahupun offline. Anda juga boleh membuat pendaftaran dan membuka akaun di PayPal dan eBay dengan menggunakan EON Bank MOL Freedom Mastercard anda jika anda mahu dan mula membeli-belah dengan perbelanjaan yang terancang. Selamat membeli!

Saya sangat mengalu-alukan maklumbalas dari anda semua melalui ruangan komen.

P/S: Artikel ini hanya berdasarkan pengalaman saya mendaftar kad tersebut pada tarikh dan waktu yang berlainan, kemungkinan aturan, terma dan syaratnya telah berubah dan anda dinasihatkan membaca panduan / instruction di dalam pek permulaan EON Bank MOL Freedom untuk kepastian dan maklumat yang lebih tepat. Saya tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kesulitan atau kerugian yang dihadapi dengan berpandukan artikel ini.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

18 Responses to "Bayar Online Dengan EON Bank Prepaid Debit Card"

  • azwan says:
  • azrin says:
  • Azman says:
  • Azman says:
  • azwan says:
  • Azman says:
  • Azman says:
  • rookie says:
  • HD says:
  • Essay says:
  • chualo says:
  • noh says:
  • mie says:
  • Adam says:
  • Azman says:
  • echa says:
  • Azman says:
  • khairul says:
Leave a Comment