Pernahkah anda melihat barangan yang dijual secara online tapi tidak tahu cara hendak membelinya? Tak cukup syarat hendak membuat kredit kad?

Eon BankKali ini saya hendak berkongsi bagaimana cara untuk mendapatkan kad MOL Freedom Mastercard dari EON Bank supaya anda boleh membuat bayaran secara online menggunakan kad tersebut.

Kad apakah itu, Azman?

  • Ianya adalah sekeping kad yang berkonsepkan kredit debit card di mana pemegang kad berkenaan perlulah memasukkan dahulu sejumlah wang sebelum membuat sesuatu pembayaran.
  • Selamat kan? Tidak perlu berhutang lagi dan anda mampu mengawal perbelanjaan bulanan anda pada masa yang sama anda bebas membeli barangan yang anda idamkan dari internet selagi anda mempunyai wang yang cukup.

Azman, ringkaskan, bagaimanakah cara untuk mendapatkannya?

  1. Mudah sahaja, anda hanya perlu pergi ke mana-mana Kedai 7-Eleven berdekatan anda dan minta pada cashier untuk membeli pek permulaan MOL Freedom Prepaid Mastercard. Untuk pek permulaan ianya berharga RM25 sahaja.
  2. Setelah membeli, tunggu dulu, anda perlu mengaktifkannya dengan menandatangani di belakang kad tersebut dan menghantar permohonan kad kepada alamat yang diberikan atau hanya berikan pada cashier 7-Eleven dan mereka akan menghantarkannya (menurut instruction dalam pek yang diberikan – saya menghantarnya melalui pos).
  3. Selepas beberapa hari, anda akan menerima SMS yang mengatakan akaun kad anda sudah aktif, buatlah topup permulaan di mana-mana cawangan EON Bank berdekatan, atau anda juga boleh membeli topup di 7-Eleven (saya dimaklumkan oleh staff EON Bank bahawa topup permulaan hanya boleh dibuat di EON Bank sahaja, tetapi di dalam pek tidak menyatakan perkara tersebut).
  4. Selepas aktif, anda bolehlah mula membeli atau menambah nilai (topup) di 7-Eleven dengan caj yg dikenakan sebanyak RM4 bagi setiap topup (hanya topup di EON Bank sahaja tiada caj). Untuk makluman anda, minimum topup yang boleh dibuat di 7-Eleven adalah RM 60 (sedikit mengecewakan).
  5. Sekarang kad anda sudah boleh membuat bayaran secara online mahupun offline. Anda juga boleh membuat pendaftaran dan membuka akaun di PayPal dan eBay dengan menggunakan EON Bank MOL Freedom Mastercard anda jika anda mahu dan mula membeli-belah dengan perbelanjaan yang terancang. Selamat membeli!

Saya sangat mengalu-alukan maklumbalas dari anda semua melalui ruangan komen.

P/S: Artikel ini hanya berdasarkan pengalaman saya mendaftar kad tersebut pada tarikh dan waktu yang berlainan, kemungkinan aturan, terma dan syaratnya telah berubah dan anda dinasihatkan membaca panduan / instruction di dalam pek permulaan EON Bank MOL Freedom untuk kepastian dan maklumat yang lebih tepat. Saya tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kesulitan atau kerugian yang dihadapi dengan berpandukan artikel ini.



By Azman | Posted in Komputer dan Internet

7 Responses to “Bayar Online Dengan EON Bank Prepaid Debit Card”

  1. kenapa tak cuba alrajhi visa debit kad. tiada sebarang fee. sangat berbaloi jika tinggal/kerja berdekatan dengan cawangannya. kalau jauh tak berbaloi sebab pengeluaran di mesin atm lain di caj RM10.

    btw, got here from Ktom’s.

  2. Salam.
    This is a PREPAID DEBIT MASTERCARD and NOT CREDIT. Of all Debit Cards, RHB is the best (best because $50 if you top up $100 the first time b4 new yr) and Visa Electron is best with Public Bank.

    Thanks for coming by.Happy Holidays from azrin @ http://www.azrin.net

    And Selamat Hari Raya

  3. Comment by Azman on December 23rd, 2007 (1:12 pm)

    Wsalam azrin,

    Yes u’re rite! i got typo error on this title.. thanks for notice me that.. anyway, regarding to your positive comment on RHB Debit card, what $50 is? Free topup value or what?

    Thanks for coming too..

  4. Comment by Azman on December 23rd, 2007 (1:19 pm)

    Salam Azwan,

    Alrajhi requirements dia macamana pula? Semua orang boleh apply ke? Dengar ramai kata AlRajhi boleh keluar duit dari Paypal, Azwan try dah?

    Ada sesiapa pernah dengar pasal Tune Visa Card tak?

  5. memang boleh keluar dari paypal, u can refer to my blog on it.

    requirement? bukak savings akaun je. dan masukkan RM20 ke akaun tu, u can start using already. tapi setakat RM20 ajelah. kalau nak belanja lebih, topup lah lebih :)

  6. Comment by Azman on December 24th, 2007 (3:49 am)

    ok, aku dah baca blog Azwan.. huhuhu bukak akaun lagi la aku nampaknye hehe, otw otw..

  7. Comment by Azman on December 24th, 2007 (8:47 am)

    Ok Azwan, saya baru je apply Al-Rajhi Debit Card Visa Electron, dan baru je buat withdrawal dari paypal, thanks for the great info, skang tgh tunggu duit masuk account hehe..

    Al-Rajhi punya service mmg superb la, tak payah tunggu lama, on time siap card, siap activate tak payah tunggu 2-3 minggu utk process tu..

    one thumbs up for al-rajhi..

Leave a Reply